Sunday, October 24, 2010

Zaman - zaman kejahilanku.



Yooo guys...
Actually bukan pe pun. Aku just nak cite sket pasal zaman aku belajar dulu. Best tak best tak kisah la sbb ni blog akukan?? So aku bebas bercerita. Nak bace korg bace la. Tanak sudah! hahaha.. Aku belajar kat Kolej Poly-Tech Mara Bangi ohhh. Tau tak ktne?? Tak tau?? Pegi tanye Pakcik Google. Dia tahu segalanya. hahaha.. Kat kolej tuh aku amek course Bussiness Study under Uitm. Means aku ni student Uitm gak ahhh (nak jugak!!) wlupun menumpang kasih kt KPTM tuh. hoho...

Nak dijadikan cite la kan, aku berjumpa ngan segerombolan org yang tak bape nak betul sgt aa. Tapi aku bersyukur jumpe ngan diorg sbb ngan diorg la aku kenal dunia (kenakalan). hahaha.. Tokey, M, Keong, Pian, Umar, Us, Pejal Tua Gampang, Ayam@Aboy, Babu, Imran, Dedek, Misai & Aku sendiri (klu ada yg tak sebut nama tuh sorry aa, malas aaa nak ingt sume). Aku kenal ngan diorg ni pun sbb game CS (Counter - Strike). Sume hebat². Kitorang pegang KPTM kot dulu. Memang tade tandingan aaa. :) Dengan mereka ni maka tertubuhlah 1 group yg bernama Gagak Hitam. hoho.. Bukan aa group gengster tapi terpengaruh ngan cite gila - gila remaja tuh. hahaha...

Sume ahli group ni mmg perangai mcm bangang. Biasanya pagi - pagi sebelum g class mmg kitorang kumpul kat Cafe kolej. Tggu sume sampai. Then baru aa decide nak masuk kelas ke tak. Teruk teruk diorg ni. Da sampai kolej dah tapi tanak gak masuk class. Lepak mapley breakfast lagi best katanya. hahaha.. Penah gak ada 1 sem kami just masuk class hari 1st & hari last before final exam. Tapi.. tak kena BAR!! hebat tak?? haha.. Gagak Hitam ni penah famous kat Kolej tuh. Penah skali sume ahli group tak dpt langsung nak dekat ngan mana² awek sbb tersebar cerita yg Gagak Hitam main²kan perempuan. Adehhh.. Wlupun betul tapi jgn aa kecoh². Kan dah susah aku nak ayat pompuan. hahaha.. Klu pasal gaduh tuh tade la sgt. Sbb ada ahli Gagak Hitam yg kuat -kuat. Kuat apa?? Kuat makan kot?? hahaha.. Gaduh² bodo je la. Tak matangkan?? :)

Aktiviti - aktiviti ngan Gagak Hitam ni kadang - kadang merepek gak. Penahlah kitorg jadi Seekers. Pegi umah Botak Chin kat Bukit Tunku. Terbaik wehh.. Seram gak ahh. Pastu kat Bukit Tunku tuh ada 1 rumah yang besar nak mampos!! Lagi besar dari Midvalley ahh. Aku tak rasa yang aku mimpi time tengok umah tuh sbb time tuh byk nyamok gigit aku. So, maknenya aku di atas bumi yang nyata. hoho.. Tak caya korang try aa g tengok. Ajak aku bleyh tapi aku tak ingt jalan ahh. hahaha.. 

Ada satu hari tuh time dekat nak raya (ckp bulan puasa kan senang!!). Kitorg sume gi la Downtown membeli belah utk raya. So, bila da settle je beli baju raya tiba - tiba ada suara sumbang (bkn suara setan tapi suara org yg berperangai setan) mengajak melawat ke Brickfield. Err.. ramai plak yg nak gi. Aku pun menumpang je so ikut je la. Tujuan kitorang gi bukan nak langgan pelacur ke pe. Just nak pusing - pusing je. hoho.. Tuh la 1st time aku jejak kaki ke sana. Menakutkan bila tgh jalan dari bilik ke bilik tiba - tiba ada pegang tangan aku dan bercakap dengan suara garau "abg ni hensem la, meh la, murah je".. errr.. bapok wehhh!!! terus aku sentap tangan aku & jalan cepat². hahaha.. sial betul!! Time gi tuh agak takot gak aa. Mana la tahu tibe - tibe ada rush ke?? mampos!! Ye aarrr.. time tuh aku baru 19tahun kot?? hoho..
Alhamdulillah, walaupun tak semua ahli Gagak Hitam berjaya menamatkan perjuangan mereka (ada yg gugur awal², ada yg tengah² & ada yg last minit). Tapi bape org je yang gugur. Yang tamat pengajian ada yang terus keje, ada yang sambung degree. Bgus tul. hoho.. Yang gugur plak ada yang keje ada yang smbung blaja kat tempat len. heee.. Sekarang aku tengok sumenya da kembali jadi manusia. hoho.. aku juga!! Biasa aaa. Dah meningkat dewasakan?? Papepun aku mmg bersyukur lah sbb berkenalan dengan mereka. Tak pernah aku menyesal walaupun aku tahu semua benda yang dibuat dengan mereka mmg sah - sah buruk! Tapi pengalaman hidup bebb!! tuh yg pentinggg!!! kan?? Wehh budak - budak Gagak Hitam (sekarang da mcm bapak budak da semua), jom aa wat reunion. hoho.. rindu kat korang semua!! Tinggal aku ngan Omar je kat Bangi ni. hoho.. 

Aku (time ni gemok giler dowh), Dedek si pendek & Tokey si bapak segala setan. hoho..

Omar & Aku - sampai skang aku ngan Omar still lepak. Sbb die duk Bangi gak. hoho..

Gagak Hitam present merapu. hoho..

Gagak Hitam + Naga Biru = Huru - hara majlis perkahwinan Akhbar. hoho..

Aboy @ Ayam - Si ketot yg pada mulanya takot gelap tapi akhirnya berjaya mengatasinya setelah dikurung di bilik hostel. hahaha..

Hoho.. Abg M. Terbaik mamat ni! hahaha..



Gagak Hitam wat kecoh time ceramah! Tak senonoh!!

Sem 1 : ohhh Futsal! Kami main utk buat lawak! haha..

Apa - apa pun aku ucapkan Selamat Maju Jaya pada semua ahli Gagak Hitam. Memori kita bersama mmg taley padam ohh!! Korang yg terbaik!! Tiada gantinya. Moga 1 hari nanti kita semua dapat kumpul lagi (masa tuh aku nak tunjuk Fairlady aku) hahaha...

Friday, October 22, 2010

Aku bukan pilihanmu by Ungu

 Lagu yang aku rasa agak best & agak feeling bila dengar. hoho.. Actually Ungu byk lagu - lagu yg sedey²kan?? nape eaa ngan Pasha tuh?? hahaha.. tapelah.. pape pun enjoy je dengar lagu - lagu dia~!!! :)
 

Jika memang diriku
bukanlah menjadi
pilihan hatimu
Mungkin sudah takdirnya
kau dan aku takkan
mesti bersatu
Harus s’lalu kau tahu
ku mencintamu
di sepanjang waktuku
Harus s’lalu kau tahu
semua abadi
untuk s’lamanya
Karena kuyakinkan
cinta dalam hatiku
hanya milikmu
sampai akhir hidupku
Karena ku yakin arti
setiap hembus nafasku
hanya dirimu
satu yang selalu kurindu

Saturday, October 16, 2010

Hanya mimpi - Rush Idrus

Bersinaran bulan dan bintang,
kalaku merenung ke awan,
wajahmu sering aku terbayang,
penuhi kotak fikiranku,
peritnya... ku rasa...

Dikau menjadi suluh hidupku,
menerangi laluan hidup,
inginku kau ada di sisi,
temaniku setiap masa,
khayalan... tak bermakna...

Inikah namanya cinta,
rasa ingin memiliki,
namun tak dapat direalisasi,
hanya mampu 'tuk bermimpi...

Biar kau jadi milik siapapun,
aku akan tetap cintamu,
benarku rasa sangat terluka,
tapi aku merelakannya,
kernaku... ingin kau bahagia...
Inikah namanya cinta,
rasa ingin memiliki,
namun tak dapat direalisasi,
hanya mampu 'tuk bermimpi...
  
Tulusnya cintaku kepadamu,
itu yang kamu perlu tahu,
ku matikan cintaku ini,
selamanya yang aku mampu...

uishhh ni la lirik yang aku buat dulu.. dah jadi lagu pun yang dibuat oleh Yana Zaimi. hoho.. best lagu ni. dah record tapi tak berkualiti. hoho.. tunggu da betul - betul berkualiti baru aku post. heeee~!!





Wednesday, October 13, 2010

" 14 October 2010 : Permulaan aku sebagai penaip blog "


Assalamualaikum,

uishhh salam perkenalan tuk semua org yang terbaca blog aku nih. act aku sendiri pun tak tahu pe sebab aku wat blog ni. mybe sbb pengaruh rakan² yg sebok² wat blog so aku terasa macam nak ada blog sendiri. hoho.. padahal aku sendiri tak tahu nak tulis pe kat blog ni. adehhh.. takpelah! sekurang² nya pasni biler orang tanya "wehh Rush, ko ada blog tak??" so aku ley jawab "yesss, ada!!". hahaha..

okeyhh.. sebagai permulaan marilah berkenalan dengan aku. nama sebenar aku yg diberi oleh mak bapak aku pas lahirkan aku ialah Mohamad Rusydi Bin Idrus. tapi lebih dikenali dengan nama Rush. actually, aku ada byk nama panggilan nih. hahaha.. ada yg panggil aku Syidi, Didie, Adie & mcm² lagi aaa. aku tak kesah pun. asalkan bukan nama binatang. hoho..

pasal life aku plak. skarang ni aku baru je dapat kerja di UKM setelah hampir setahun aku tak lakukan apa². kembangkan body je. lepak setiap masa. haha.. ape punya life la!! tapi skarang aku da nampak perubahan dalam life aku. tade lepak² tak tentu hala da. skarang semuanya berjadual. lepak pun ada time² je. baguskan?? hahaha..

hmmm.. aku ada ramai kawan kot?? aku sayang kawan² aku. tapi tak tahu lah diorg sayang aku ke tak. tak kesahlah!! asalkan kita wat baik kat orang okeyhh aaa tuh kan?? :) aku still lepak lagi dengan kawan² sekolah aku walaupun da 6 tahun tinggalkan sekolah. sampaikan masing² dah nak kahwin dah. hmmm.. jangan tanya bila aku nak kahwin okeyh?? lambat lagi. aku baru 23 tahun je. muda lagi. baru je start kerja. duit pun baru nak kumpul. calon pun takde. hahaha.. *kepada kawan² aku yg nak kahwin dah. tahniah aku ucapkan. semoga hubungan berkekalan sehingga akhir hayat. amin~!* 
ohh.. kawan² lepak aku ramai gak!! budak² yg lepak kat seksyen 15 @ 15. act baru² gak aa lepak dengan diorang. tak sampai setahun pun lagi. kenal diorang pun dari CC. aku first time lepak & kawan dengan orang yang lagi muda dari aku. before ni aku lepak dengan member² sebaya je. mulanya diorang ni lepak kat Faris Maju *salah satu mamak kat 15* tapi budak² aku pulak tak suka lepak sana. so, kitorang ajak la tukar tempat. lepak kat sebelah pulak. kat AmeerAli. mula² tuh diorang macam tak suka lepak kat AmeerAli. makanan tak sedap la, ape la. macam ² alasan diorang. tapi lama² diorang leyh terima dah lepak AmeerAli. hoho.. bagus². best lepak dengan diorang ni walaupun banyak benda dah terjadi dalam masa kami berkawan. adehh.. leceh tul.


inilah geng sekolah aku (ada yg takde dalam gambar)!! friendship forever!!

ini pulak geng lepak aku (tak semua ada)!! hee..

uishhh.. dah panjang dah aku merepek ni. hoho.. dah la tuh. aku nak g lunch!! lapar!! 

'Selamat Membaca' blog yg hampeh ni~!!! (^_^)